Rabu, 1 Mac 2017

PANGGILAN KEDUA UNTUK MENGIKUTI SIJIL TINGGI UGAMA PONDOK (STUP)

PANGGILAN KEDUA UNTUK MENGIKUTI SIJIL TINGGI UGAMA PONDOK (STUP)

TERBUKA UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM
PENGAMBILAN PELAJAR ADALAH TERHAD
( LELAKI= 12 ORANG         ,PEREMPUAN= 10 ORANG)


Syarat kemasukan:

Ø  Pelajar yang berumur 17 tahun hingga 20 tahun yang tiada rekod disiplin yang berat dan rekod jenayah
Ø  Pihak pondok juga menyediakan kelas pengajian untuk pelajar yang belum ada Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
Ø  Yuran yang dikenakan kepada setiap pelajar pondok adalah RM250 sahaja(Yuran termasuk makan minum  tempat tinggal beserta dobi)
Ø  Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 3 tahun dan pihak pengurusan pondok akan mengeluarkan sijil tinggi ugama pondok(STUP) yang diiktiraf oleh Yayasan Islam Kelantan-pada masa yang sama wajib menghafal sekurang-kurangnya 5 juzuk
Ø  Aliran tahfiz telahpun dijalankan di Maahad Tahfiz Daril Naim(bermula dari tingkatan 1 hingga 5 seperti yang terdapat di dalam aliran tahfiz YIK)

Sistem Pembelajaran

Ø  Sukatan pembelajaran pondok adalah  mengikut kitab-kitab pondok tradisional tetapi diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar
Ø  Corak pengajian adalah mengikut Sistem Tallaqi yang telah diamalkan sejak beratus tahun yang lalu di pondok-pondok dan Masjidil Haram Makkah.
Ø  Pelajar akan duduk bersila dengan mengelilingi guru sambil memerhati dan memahami bacaan kitab dan syarahan daripada guru.
Ø  Aktiviti lain adalah seperti: Kegiatan Rohaniah, Aqliah Dan Jasmaniah

  Kegiatan Rohaniah

Ibadat solat 5 waktu berjemaah
Solat Tahajjut Dan Dhuha

  Kegiatan Aqliah
Bermuzakarah secara berkelompok dengan seorang ketua bagi setiap kelompok
Usrah dikalangan pelajar
Muthalaah dengan menghafaz pelajaran secara bersendirian dimasa lapang

  Kegiatan Jasmaniah
Bersukan seperti Bola Sepak, Bola Tampar, Sepak Takraw, Ping-pong dan lain-lain

Setiap pelajar yang LULUS Sijil Tinggi Pondok (STUP) yang diiktiraf oleh (YIK) dan boleh menyambungkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Universiti Bandung dan Riau Indonesis yang diiktiraf oleh JPA


Tiada ulasan:

Catat Komen